maahad tahfiz nahdatul ulum
Maahad Tahfiz Nahdatul Ulum (MTNU) telah memulakan pengajian hafazan sepenuh masa bermula pada 1hb April 2014. Pada 1hb Oktober 2014, MTNU telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan Nombor Pendaftaran JAI. Sel BPI 03/05/083/01 Jld 5 (08). MTNU ini telah diasaskan oleh Puan Azarina binti Omar selaku pengerusi Maahad Tahfiz dan diurus tadbir oleh Mudir Maahad Tahfiz iaitu Ustaz Hafisyuden bin Mohd Shukri bersama-sama dengan tenaga pengajar iaitu Ustaz Muhammad Syafiq Ikmal bin Hilmi dan Ustaz Ali bin Faizel Amri. MTNU ini adalah pusat pengajian hafazan swasta sepenuh masa. Tujuan penubuhan MTNU adalah untuk memartabatkan ilmu agama Allah SWT serta menunjukkan tanda cinta pada Allah SWT dan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan ianya merupakan salah satu cara berjihad di jalan Allah SWT. Pada awalnya MTNU beroperasi hanya dengan menyewa di sebuah rumah kecil dan hanya dapat memuatkan hanya 14 orang sahaja dan alhamdulillah selepas 4 tahun beroperasi, Dato Rosal Azimin bin Ahmad telah memaklumkan hajat beliau untuk membina 1 Maahad Tahfiz 2 tingkat yang dilengkapi dengan surau dan asrama di tanah milik beliau. Alhamdulillah pembinaan Maahad Tahfiz mengambil masa selama 1 tahun 3 bulan dan pada 1hb march 2019 MTNU telah berpindah masuk ke bangunan MTNU yang baru. Alhamdulillah bangunan MTNU yang baru boleh menempatkan 30 orang pelajar lelaki di dalam 1 masa. Sepanjang MTNU beroperasi hampir 10 tahun, seramai 11 orang pelajar telah menamatkan pengajian hafazan Al-Quran mereka. Sehingga kini jumlah pelajar di MTNU adalah seramai 30 orang pelajar lelaki. Adalah menjadi harapan MTNU agar Institusi Maahad Tahfiz di Malaysia melahirkan ramai Huffaz dengan bermatlamat 1 Huffaz bagi 1 rumah, Insya Allah.maahad tahfiz nahdatul ulum
visi
Visi MTNU adalah untuk menjadi batu loncatan untuk melahirkan para hafiz Al-Quran dan alim yang mahir dan beramal dengan isi kandungan Al-Quran seperti zaman keagungan Islam pada kurun pertama Hijiriah. Dengan itu madrasah mengutamakan tarbiah untuk menerapkan nilai-nilai sunnah dan perjuangan rasulullah s.a.w.misi
Misi MTNU adalah :- 1. Untuk melahirkan pelajar-pelajar huffaz dan insan cemerlang. 2. Menjadi lembaga pendidikan, pengeluaran para huffaz. 3. Mendidik para huffaz dengan ilmu hadis, feqah dan diniyah. 4. Mendidik para huffaz dengan dakwah nubuwwah.pelajar yang dah khatam al-quran dan syahadah